Friday, November 30, 2012

Durian Crepe Free Delivery Area Shah Alam

Salam semua, harini nak share posting member member, korang mesti dah pernah dengar pasal durian crepe kan, skrg ni dah popular sangat, merata dah ada jual, member aku pun sorang ada jual, siap dengan delivery lagi sampai kat office, tapi kene area shah alam jer lah...

so pada sesiapa yang nak order tu boleh terus call sahabat saya ni, a.k.a joker / wife at 013-2580209 / 019-3480708.

actually, isi dalam dia dipenuhi cream and durian, kena gigit sepenuhnya untuk merasa, memang sedap, sejuk mcm icecream. lembut..perghh ,,,berbau durian satu office aku.

jangan luper rasa, nanti tak dapat merasa kempunan nanti...

satu pek ni ada 4 bijik besar, rm10.00 je satu pek ni, kiranya satu rm2.50 la, ada yang jual rm10.00 = 5, tapi macam kecik je yg 5 biji tu....yang ni besar besar..

ok jangan luper order......

Thursday, November 29, 2012

Nasi Kandar Raihan NSK Glenmarie aka Nasi Ganja

Ok rini aku nak share tempat kegemaran lunch aku ketika sangat sangat lapar or craving for nasi kandar! Korang mesti familiar dengan nasi kandar raihan or nasi ganja area glenmarie shah alam.

Tempat agak tersembunyi sket tapi sentiasa penuh! Ahad pon bukak kedai ni!! Ganja ni bermaksud kerak ayam goreng rempah dia, memang disediakan sesiap, siapa nak leh ambik! Sikit banyak lantak korang la hahahaha.... LAuk semua ada, ayam ketam sotong telur ikan, macam macam ada.

Ok la korang tengok sendiri mcm mana aku menyantap nasi ni!! Nak boleh tanya tempat! Nanti aku bagitau!!! ;) Aku sertakan sekali kat bawah ni map dia.. area glenmaria stadium shah alam tu jer, dekat belakang service center kia gaan kedai rim besar tu.


NI NASI GANJA AYAM DUA KETUI NOHH!!! 


Tuesday, October 30, 2012

Zam Zam Nasi Arab Seksyen 9, Shah Alam

Yum yum,, kongsi sket, ni ada nasi arab shah alam style, tempat ni tul tul kat town seksyen 9 shah alam, besar sebelah balai polis hq s9.. Area plaza masalam tu .....

Just nak share, kalau korang malas nak gi cyberjaya utk rasa nasi arab yg betul2 rasa nasi arab and tukang masak and waiter dia pon org arab, kat sini tempat dia ;) sedap & harga berpatutan, expl: satu pinggan chicken mandy rice is rm19.90 ;) portion superb.. Nah for sharing...

sup dan sauce dia memang kene abis, tempat high class, kalau korang gi seksyen 9 shah alam ni takkan miss la zam zam arabic restaurant ni, dah popular dah tempat ni... aku just nak bawak wife rasa sekali sekala, lepas dia rasa nak dtg selalu pulak, aduhaii.. ehehehe... aku kerja shah alam, so setiap ceruk shah alam ni aku dah ronda cari makanan, perut kenyang hati senang, kolestrol pun senang nak membiak dalam badan, hahahaha..

apa pun korang mesti try, tak cuba rugi, nasib laa.....

Friday, October 12, 2012

Satay Meru (utk order sjh- no stall)

Semalam ada majlis perpisahan, perpisahan la sangat, So sekuriti ke seketari ker sexytery ada order satay kat family salah seorg staff kitaorg..

Satay dari meru, just untuk order n booking! No stall or kedai! Tapi sungguh tak ku sangka sataynya yaAllah sedaaapppp! Panjang sedap ni! Secucuk just rm0.60... Ayam dier memang terbaek!!! So pasni tau la nak order mana kalau nak buat makan makan family ker? Function ker! Terbaekkkkk, sesiapa nak order bleh la roger2 ;)

Tuesday, October 9, 2012

Chocolate Pretzel Surea

Nak share gan semua, kawan saya ada jual choc pretzel and some call choc perel hahahaha.....

Kalau masuk mulut sebijik tak leh stop! Kurang kurang habis 30 sekali makan! Hahahaha... Sedap seyy' sebalang besar ni kalau jual masuk untung, delivery, cukai jalan, tax lain2, sewa masa sebalang besar ni rm50 jer, yg kecik pun ada tapi tak berbaloi beli, sikit ;)))

Aku just nak share gan semua!! Terbaekk sehhh!!! Mau order! Sila leave comment !!!! ;)

Ikan Bakar Umbai-Pernu Melaka

Terbaik, ni nk share gan kawan kawan, ritu gi melaka sesambil jadi official photographer wedding ;) malam ada lah masa sikit utk jenjalan makan. So? Kitaorg pun pergi la umbai pernu layan ikan bakaq! Haaa amik kau,, terbaik gak kedai ni. No kedai siap ada kat dalam gambar tu!! Total damage semua ni is rm150 jerk.. Banyak tuuuu..... Korang tengok laa, bagi terlioq sket....

Apa pun tempat ni yg first2 akan sampai dari bandar melaka la jika nak ke destinasi ikan bakar! Signboard banyak! Mula2 akan jumpa alai dulu pastu alai-umbai/pernu-pernu-umbai-baru serkam......

Nah gambar! Sharing is caring ;)

Wednesday, October 3, 2012

KFC New Zinger Double Down

Lama tak update!! Sorry la bz sikit beli barang2 baby! Nak makan kat luar pon dah jarang skrg ni! Wife asyik sakit badan so malas nak keluar!!

Tapi tadi tersempat lak gi makan kat kfc gan memember office! Tak tau plak kat tv ada keluar iklan baru! "Zinger DOUBLE DOWN' kali ni nak cakap serius, memang menarik! Tak macam dulu la, iklan chincken finger la apa la, gambar gan iklan tv bukan main besar, tapi biler dapat alahaiii ciput jer!! Kali ni lain!!

Pergh!! Penah makan burger berotikan daging ayam itu sendiri! Kali ni memang betul lain drpd yg lain!! Tengok member makan pun aku dah tau sedap!!! Terlioq plak time aku taip posting ni! Adehhh!!! Tak jadiii! So aku pon tapauuu sebijik! Hahahahaa...

Cite panjang pun tak gune!! Nah gambaq!!

Apa pon! Immm BaCKKk!! ;)

Thursday, September 6, 2012

Nasi Lemak Lorong Motor Federal Highway

Salam, Dah lama gak aku tak update, ni semalam nyer lauk...

Ok, nak dimulakan cerita, nasi lemak sotong ni sebenarnya berasal dari lorong motor faderal highway.
Setiap hari sejak setahun yg lalu aku naik motor lalu sini, perasan la tiap2 hari penuh je motor keluar simpang kecik tu nak pergi beli sarapan kat sini, so semalam dan hari ni sebenarnya, aku pun cuba la...

Tempat ni kalau naik motor lalu di lorong motor highway faderal highway, kL menghala shah alam, betul2 tempat ni selepas simpang jalan PJ 222 tu, simpang bangunan P1wimax tu kan. Masuk bawah terowong kat p1wimax tu, muncul balik kat depan (lorong motor) akan nampak kedai ni tepi tu jer..

Ramai tul org singgah . penuh. nasi lemak dia memang terbaik.. aku tatapkan untuk kalian semua :)

Bread Pudding Home Made ;)

Best!! lagi best kalau buat sendiri, sebenarnya ni experiment pasal wife aku nak bawak gi potluck opis dia esok, aku layankan jer beli barang buat bread pudding ni....

Simple abis buat dia, senang ringkas dan yg penting sedap!!!!!!!!!!!!!!!!
Korang kalau nak try dipersilakan, ni resepi home made, aku ringkas kan kat bawah key, ni yg aku sendiri buat ni.. hahahaha....

Ok 4 step:

Step 1 - Bahan Pudding Roti
- Roti 8 keping (Gardinier)
- Fresh Milk 500ml
- Tepung Jagung (1sudu besar)
- 2 biji Telur
- 1 sudu teh Ising Vanila
- 1 sudu teh serbuk cinimon
- Kacang Badam
- Kismis
- Gula Halus (4 sudu Besar)

Step 2 - Kuah
- Satu Tin Susu Cair
- 2 sudu tepung Kastard
- 2 Sudu Gula Halus

Step 3 - Cara Buat Roti Puding
- Carik Roti dalam Bekas 4 segi yang agak agak sedang (Susun Penuh)
- Gaulkan semua Benda yg kat atas tu sampai Sebati
- Tuang atas Roti sampai rata (Bia dalam 25 minit baru masuk oven)
- Tabur Kismis gan Kacang Badam)
- Masukkan dalam Microwave suhu 180' selama 30minit/lebih jiga mahu masak lebih.

Step 4 - Buat Kuah
- Panaskan susu cair, masuk 2 sudu gula, masukkan 2 sudu tepung kastard, kalau nak pekat masuk la tepung jagung sket. gaul sampai cun :)

Simple je kan...Terbaekkkkkkkkkk weyh....
Korang try test buat tengokkkk :)


Sebelum Masak! 
Dah MASAK :)

Wednesday, August 15, 2012

Kek Red Velvet Jalan Tar

Last day! Kitaorg gi jenjalan jalan tar, pagi lak tu dlm pukul 12tgh malam/pagi, ingat dah byk tutup rupanya rancak lagi, nak jalan pun berhimpit2 lagi..

Parking as usual korang tau la! Penuh and harga akan naik rm10 sekali masuk! Bukan nak cari apa! Nak teman mak gan wife aku cari baju gan tudung diaorg!! Hmmmmm

Aku as usual! Cari apa yg boleh dimakan la!! Air/kopok leko/ayam uncle bob/jagung bakar/stimbot/kebab/cucuk2 merata ada, korang pilih la apa nak kunyah!

Aku beli air tin jer! Takde yg unik pon! Tapi ada satu kedai ni! Dalam tengah2 gerai jalan blkg tu ada plak satu homemade bakery stall satu!! Dier letak baik nyer kek red velvet atas meja!! Perghhh!! Takmo citer byk! Korang tengok gambar!!! Layan! Ni satu slice rm5...... Terbaek!!

Kalau nak tau resepi buat! Ni ha aku bagi free kat bawah! Tinggal malas rajin je nak buat! Ehehehe sedappp...

Bahan-bahan ( 1 biji )
Kek (Sila guna penyukat khas)
2 1/2 cup tepung kek (1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.)
1 sudu kecil serbuk penaik diayak
2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
1/2 cup butter
1 1/2 cup gula
2 biji telur pada suhu bilik
1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda

Buttermilk
1 cup (240 ml) susu kotak full cream
sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon

Cream cheese frosting
2 buku cream cheese, dilembutkan
1/2 cup butter dilembutkan
1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara

BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.

KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.

Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.

Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.

Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.

Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.

Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.

CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.

Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.

kek red velvet cake red velvet cream cheese!!

Wednesday, August 8, 2012

Iftar Portluck @ Sazali House Mix of Food Variety

Last Monday, kami yg berjiwa kacau berbuka sesama office mate di rumah abg sazali auwww!! hahaha dekat semenyih, menu portluck, semua bawak campur campur, dah macam buffet hotel, tapi masakan ni lagi terbaik kot??? western ada, asia ada, timur laut barat daya ada, selatan jawa pun ada, hahahaha..

aku as usual masak specialty aku la, linguine cream cheese meatball la, perghhhhhh!! meleleh hmm :)
and kawan kawan lain ada bawak, satay, kek, rojak singapore special, dessert, and tuan rumah buat macam macam, udang nestum ada, pegedil kering ada, pegedil berkuah ada, nasi lemak ada, meehoon goreng special nana ada, bubur kacang ada.....perghhhhhhhhhh......

aku tak tau nak makan apa, semua memang meyakinkan tekak aku, kene amik sikit sikit and try satu satu, ahahaha haeven tul berbuka haritu, dengan lawak tak puas hati nyer, dengan citer pasal kejer jer, dengan bahan bahan nya... kitaorg enjoy walau sekejap....

sebab esok nak masuk office, moody balik.. huhuhu.......

apa pun, terima kasih tuan rumah and semua member2, korang memang terbaek, tahun depan kita wat lagi ok, maybe rotate rumah lak la ye, ehehehe :)

ni antara gambar makanan yg aku sempat snap.. enjoy :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...