Friday, May 17, 2013

Sushi King Halal ke?

Salam, and hello, nukilan kali ni nak bagi info and perkongsian ilmu, pada rakan-rakan yang tak pernah makan kat sushi king, as per tajuk, ada tanya sushi king ni HALAL ke tak? sebenarnya dulu sebelum isu halal ada ke tak ni, Sushi King pernah megah dengah LOGO HALAL JAKIM di tampal dekat depan cermin premis diaorg, dan sejak setahun kebelakangan ni, semua logo dah takde, dan kalau kita perasan, ada bekas sticker logo halal yang dah dicabut.

Ok la, sebenarnya aku ada cuba dapatkan penerangan diaorg, dan bertanya jugak dekat semua staff pekerja melayu, islam, bertudung yg rata rata bekerja di semua premis Sushi King skrg ni, terutama di Mines, Mid Valley, Summit & Aeon Mahkota Cheras. Sebab kat sini je tempat aku selalu pergi untuk makan Sushi King ni :)

Jawapan yang aku terima dari diaorg is, memang Sushi  King skrg tengah dalam proses untuk mendapatkan kembali status lago halal diaorg bang! dulu memang ada isu yang mengatakan sos kami menggunakan rice wine la apa la....tapi sebenarnya memang takde bang, semua tu takde dalam makanan kami. tak tau la dulu ada ke tidak kan?

dan lebih detail aku pun mencari kesahihan berita ni.. and aku dapatkan dari webpage diaorg, as per below, korang baca lah..


So terpulang pada individu untuk menilainya. as per explanation bagi aku still ramai org islam yg makan kat sana, dan pekerja mereka terdiri dari semua org islam, ini juga adalah satu strategi sebenarnya untuk menarik penggemar makanan sushi dari golongan org islam.

Kalau yang berminat untuk ke sushi king, disamping side order dish yang dioffer didalam menu. setiap sushi yang dihidangkan akan dikira harga nya mengikut warna piring, dari rm2 hinggalah rm rm6.. contoh harga dan colour ada kat bawah jugak..

So sesiapa yang nak makan. bergantung lah pada masing masing yer, dari explanation, mereka dah terangkan bahawa mereka tidak menggunakan barang yang terlarang dan mencurigakan. tak tau la kalau diaorg menipu or staff staff melayu islam yang bertudung tu pun nak menipu time aku tanya kat diaorg kan. explanation dalam website diaorg pun dah menerangkan seadanya... mereka dalam proses untuk mendapatkan kembali status logo halalnya.

Kepada penggemar Sushi King seperti saya, bukan lah kita nak tawakal ke apa ker. tetapi kita sendiri boleh menilainya samaada ia boleh dimakan atau pun tidak, jika was-was, jangan la makan yer, kalau tidak was-was.. jom kita makan.. terus tetang saya nak cakap, saya tak was-was.

Cuma nak berkongsi la, berapa banyak kedai yang kita pergi dishopping complex, stall stall kecik, or food branch yang kita beli dan makan, tanpa kita sedari, mereka juga tiada logo halal. kek house, bread house, air minuman, blended, shake, takao sushi, tea house, coffee house, keropok,  barang gorengan, semua tu kita tak sedar.. :) even kita tak tau pun apa ingrediant dia kan.. sekurang kurang nya saya mengambil initiative untuk bertanya dan cari dari source2 yang boleh dipercayai :)

Saya ulang lagi sekali, jika kita was, jangan makan. matlamat tak menghalalkan cara, cewah, macam takde kene mengena jer... so jom sushi..... Sushi King yer, bukan sushi sushi yang lain tu macam sakae la, apa lagi la, yang lain tu saya tak tau, dan tak penah masuk pun...unsur lagi la tak tahu.. hahahaha

InsyaAllah info ni bermenfaat utk semua.
Wassalam.





















No comments:

Post a Comment

Any Question ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...