Wednesday, November 20, 2013

Nutella Chocolate Cake Resepi + Daim/Toblerone/Ritter Sport/Hanata/Whittakers

Salam :)
Harini nak share resepi sikit, resepi hentam kromo nama nya...

Nutella Chocolate Cake + Semua Coklat yang ada dalam laci :)

Resepi asal macam tak mengenyangkan je, so olah sendiri mengikut kepuasan, buat kek ni pun sempena birthday mak, kalau tak takdenyer la nak bake bake ni semua...

rasanya kalau jual mahal ni sebab ingredient dia semua tak ingat.. melampau lampau coklat kat dalam ni.. hehehe...

ok la...nah for sharing :)

apa yang kami masukkan dalam mixer??
=
1 x 260gm (kot?) NUTELLA <- Tengok Gambar
25 TableSpoon Tepung Naik Sendiri
7 Biji Telur
+
Coklat Banyak2 Cincang Mcm Dalam Gambar :)

Then, masukkan kat dalam oven SELAMA 30 Minit @ 180"Darjah Celcius.

Thenn.. Taraaaaaaaaaaaaaa....

Mudah giler, senang dan tak melecehkan..
Tul tak.... Try ler.... Biler dah siap potong coklat dia akan basah kat dalam, sedap giler kau...

Tapi boleh makan 1 slide je, sebab aku tengah ber Diet'Atkins.. Chehhhs.....
Kelassss, jom buatt........

Nah gambar, :) RATE 10/10 la.. of causeeee...hahaha








Friday, November 8, 2013

Mr Kabab & Biryani Presint 15 @ Presint Diplomatik

Assalamualaikum,
rini nak share pasal kedai roti naan kegemaran mak aku skrg, dekat area putrajaya. nama kedai dia 

Mr. Kabab & Biryani (Makanan Tradisi Arab dan Pakistani)
No.42,44,46, Jalan Diplomatik 3/1,
Presint 15
62050 Putrajaya
Aku pernah sekali dulu makan kat sini, tapi makan nasi arab dia je la, kalau nak beza dengan SABA' Cyberjaya and Zam Zam Seksyen 9 Shah Alam, jauh beza la, tapi yang lain2 ok not bad, wife aku ritu nak gak makan nasi, mak aku biasa la, naan garlic and bapak aku kebab je same as me :)

just nak share gan korang duduk area2 berdekatan, tempat ni not bad untuk lepak2 and chill, kawasan sekitar very chill :) 

Kalau yg tak tau kedai ni amik dalam 5 deret kedai jugak la, dia sederet dengan BANK RAKYAT, korang akan notice la kalau lalu sini...
ni antara makanan yg kitaorg order... just nak recommend, kalau dtg sini order Pizza dia, murah dan sedap, tapi aku tak amik lak gambar pizza sorry..

ok my rating:

food : 7/10
area : 10/10
surrounding : 10/10
price : 8/10







IKEA Meatball, Chicken Wing, Curry Puff and Fish & Chip

Perlu ke nak updata pasal IKEA foodcourt ni? hahahaha
update je la, just nak merapu sikit pasal ramai sangat dah org sekarang ni!!
pening seh, nak kata meatball dia sedap sangat, takde la sedap sangat pun, yg sebenarnya ter'craving sangat nak makan ialah dia punya chicken wing & curry puff telur tu..
bagi aku tu yang sedap.. lain lain so and so.

kalau tak disebabkan ibu mengandung jangan harapla aku nak beratur panjang2 sampai nak keluar lif tu jarak dia org beratur... tapi sekarang ada menu baru lak, beef ribs, dasyat, tak silap dalam rm29.90 je rege dia.. menakjubkan, ni aku tak try lagi, next time la kalau masih ada mood nak beratur panjang2.

takde banyak nak share, sebab korang pun selalu kan pergi ikea ni, lepas jalan2 cuci mata, ala bukan nak beli pun kan, kalau nak beli pun takat beli lilin wangi rm10, frame kecikn2 rm10... kan kan???
pastu makan, kan kan.. takdenye korang g beli almari, katil riban2 semua tu kan.. hahahahaha

ok la, just sharing my experience, my rate for the food:

food: 9/10
area : 5/10
surrounding : 5/10
price : 7/10
well - jom pi beratoq habaq mai....





Ikan Bakar Kuala Ibai Kuala Terengganu @ Bawah Jambatan 'near Arfa Batik'

Nak share sesuatu istimewa sikit, google and mencari, last last jumpa jugak kedai ikan bakar kuala ibai bawah jambatan ni, tempat ni famous kat kuala terengganu ni la, alang2 dah sampai sini, moh kita try.

Kedai ni betul2 bawah jambatan, tempat nice, makan plak tepi sungai, memang nyaman.
tak banyak yg aku order, cuma nasi, sayur, tomyam, ikan bakar dia, dengan sotong bakar sambal,
APA PUN SOTONG BAKAR SAMBAL dia memang terbaik...
Aku rasa better korang order sotong bakar sambal dia je banyak banyak, memang marvelous, tak caya tengok kat bawah ni...

Kalau korang nak pergi tempat ni aku cadangkan install 'WAZE' dalam phone korang, GPS search Ikan Bakar Kuala Ibai, ada direction terus kesana, follow je, tempat ni dekat je gan Town Kuala Terengganu, dalam 10 minutes drive.

my rating for them:
food : 9/10
area : 8/10
surrounding : 8/10
price : 10/10 (murah beb)








Seafood Celup Tepung @ Pantai Teluk Ketapang

Assalamualaikum, Well, tempoh hari kitaorg ke Terengganu, sempena visit Terengganu 2013 :) hehe...
Kami pergi berempat, bawak mak, bapak gan my madam, naik satu kereta je, tujuan family aku semua kesana, ialah untuk bershopping sakan kat pasar payang gan kampung losong.

Well untuk aku ialah sempena jalan jalan cari makan, sampai lebam, sampai buntang, hahahaha..
Destinasi pertama yang aku nak share gan korang ialah Celup Tepung Special dekat Pantai Teluk Ketapang, tempat ni takde la se'meriah yang rata rata org cakap, kedai celup tepung dia takda la banyak sangat, ok la...

Dekat area tengah pantai ada gak 2-3 kedai, tapi yang jadi pilihan aku ialah yang dihujung pantai..
kedai ni dah sediakan berpinggan pinggan atas kaunter, kita just amik dan makan. 
tak payah nak tunggu2.. memang fresh gan ragup.... patut la ramai org suka celup tepung kat sini :)

bawah ni gambar untuk kalian :)
simple rating:
food : 9/10
area : 8/10
surrounding : 8/10
price : 8/10 (berpatutan)






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...